13.6.12

Selamat pagi.


Cerita breakfast semalam.

Officemate telah sudi mem-belanja roti canai sekeping. Wait, perlu ke nak mention sekeping barine, bersyukur boleh? Maka menuju lah ke pantry untuk makan dengan gembira. Selalu pun makan dengan gembira, tapi yang ini tambah gembira sebab makan secara percuma, hoyeah. Puan Tea Lady pulak menyediakan bihun goreng dan sejenis dua kuih muih untuk dibeli sebelum makan. Aku pandang dengan tak heran, sebab aku ada roti canai. Eh, macam tu pun boleh?



Cerita breakfast hari ni.

Tak ada breakfast percuma. Banyak cantik muka nak benda free je hari-hari? Maka melangkah ke pantry dengan harapan Puan Tea Lady ada menyediakan bihun goreng sedap resepi rahsia beliau untuk aku beli dan makan. Perut semakin meronta-ronta tanda tahap kelaparan sudah up to the max.


Dan,





Puan Tea Lady menyambut dengan senyum, sambil aku melihat ke sebelahnya. Yang ada cuma - kuih ketayap dan cekodok saja.







Bihun goreng? Tiada di tempat kejadian.



Maka pagi ini aku ber-sarapan-kan kuih ketayap tiga seringgit dengan linangan air mata dengan harapan perutku dapat bertahan sehingga tiba waktu lunch.



Oh, nasib baik stok oat ada lagi! Bersedia untuk dibancuh sesedap rasa *MataBersinarBakBintangKejora*



Eh kejap lagilah. Nak buat kerja dulu. Bajet staff berdedikasilah sangat -__-“


Okeh, babai! :)

2 comments:

normnorm said...

eh, lama tak makan bihun goreng! sila risik resepi rahsia Puan Tea Lady, pls..!

:-)

b a r i n e said...

Risikan yg dulu kurang berhasil, akan cuba lagi lepas ni :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...