4.7.12

Sekeping not RM50.

Aku sekarang ni jarang keluar lunch. Diet lah konon, balik rumah makan beria apa cerita -__-"

Tapi pagi tadi aku check wallet, tinggal not RM50 sekeping. Aku bajet RM50 tu untuk belanja minggu ni. Aku fikir ada 2-3 hari lagi nak sampai Jumaat, besok-besok kot-kot nak pegi beli breakfast - time nak bayar, tuan kedai tu tak ada duit kecik pulak (betapa aku prihatin, kan? Sila setuju). So aku gigihkan jugak untuk keluar sekejap, beli lah apa-apa asalkan dapat pecah duit. Alah setakat Carrefour depan ofis ni berapa langkah lah sangat kan.

Sampai Carrefour, aku ambik beberapa barang yang berkenan di mata, di hati dan di perut. Tak buang masa, terus pergi kaunter. Kira punya kira, balance yang aku dapat adalah dalam RM 12.50. You do the math.




Tuuu dia, nak pecah duit punya pasal.

Cukup ke tak nak sampai Jumaat ni? :D



p/s: aku lagi sayang kot nak guna not RM50 yang lama, compared to duit baru ni (baru tak baru lah kan). Entahlah. Not baru ni aku rasa macam, 'murah' (erkk!). No?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...