31.7.12

Sembang laki-bini.

Kisah benar.
Dialog lebih kurang benar.


Isteri: Abang, jom lah kita pergi Tesco...member ayang kata baju kurung dekat sana murah, tiga puluh hinggit boleh dapat.

Suami: Memang lah tigaploh hinggit boleh dapat, tapi sampai sana nanti bukan nak beli yang tigaploh hinggit tu, nak beli yang tigatus hinggit kan?



Now, who says it is so hard to understand women?

And the truth, bukanlah maksudnya si isteri gemar membeli baju kurung berharga ratusan ringgit. Apa yang tersirat ialah si suami amat faham taktik si isteri yang menggunakan harga murah sebagai modal untuk ke shopping mall lalu memulakan acara membeli belah dengan buasnya.



Again, is it so hard to understand women? *grin*

posted from Bloggeroid

6.7.12

Sweetest fairy tale ever.








I have seen many solemnization / wedding events kinda' sweet, beautiful, fascinating, memorable, and yeah - grand and glorious.

But this time, I am totally mesmerized. And touched. Especially when I knew the story behind - how they met, where they met. Like a sweet happy ending fairy tale. Truly heart it.



Benarlah jodoh itu ketentuan Allah. Cuma bagaimana ia diaturkanNya, adalah rahsia yang kita pun mungkin tak pernah sangka. They are so lucky that Allah telah mengaturkan jodoh mereka dengan jalan yang indah.


Selamat pengantin baru, Irma Hasmie & Redza Shah. Have a smooth cruise. Semoga yang manis & indah akan sentiasa mengisi alam rumahtangga, sampai ke Syurga.



P/s: Sudah terjaga, tak mahu lelap pula. Sudahnya melayan youtube lah jawabnya. Sign of ages? Yes? Hmmm..
posted from Bloggeroid

4.7.12

Sekeping not RM50.

Aku sekarang ni jarang keluar lunch. Diet lah konon, balik rumah makan beria apa cerita -__-"

Tapi pagi tadi aku check wallet, tinggal not RM50 sekeping. Aku bajet RM50 tu untuk belanja minggu ni. Aku fikir ada 2-3 hari lagi nak sampai Jumaat, besok-besok kot-kot nak pegi beli breakfast - time nak bayar, tuan kedai tu tak ada duit kecik pulak (betapa aku prihatin, kan? Sila setuju). So aku gigihkan jugak untuk keluar sekejap, beli lah apa-apa asalkan dapat pecah duit. Alah setakat Carrefour depan ofis ni berapa langkah lah sangat kan.

Sampai Carrefour, aku ambik beberapa barang yang berkenan di mata, di hati dan di perut. Tak buang masa, terus pergi kaunter. Kira punya kira, balance yang aku dapat adalah dalam RM 12.50. You do the math.




Tuuu dia, nak pecah duit punya pasal.

Cukup ke tak nak sampai Jumaat ni? :D



p/s: aku lagi sayang kot nak guna not RM50 yang lama, compared to duit baru ni (baru tak baru lah kan). Entahlah. Not baru ni aku rasa macam, 'murah' (erkk!). No?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...